Kembangkan Perniagaan Kontraktor Atau Servis Anda Tanpa Bertahun-tahun Mencuba Dan Gagal

Strategi pembimbing yang terbukti berkesan direka khas untuk kontraktor dan pembekal servis bagi menarik lebih banyak pelanggan, meningkatkan keuntungan, dan memastikan kestabilan.

Mengapa Kebanyakan Kontraktor dan Pembekal Servis Sukar untuk Maju

  • Pelanggan selalu menekan harga yan terlalu rendah
  • Terlalu banyak sangat saingan dan sukar untuk menonjolkan syarikat.
  • Tiada kesenambungan projek bagi menjamin syarikat sentiasa ada pendapatan
  • Waktu kerja yang tidak menentu tetapi keuntungan projek masih rendah atau tiada. 
contractor coaching

Anda bukan kesaorangan. Banyak kontraktor dan pembekal servis menghadapi masaalah yang sama. Tetapi berita baiknya - terdapat jalan keluar dari masaalah ini.

3 Langkah Coaching Saya untuk Kontraktor dan Pembekal Servis

Dari Sentiasa Gagal ke Pertumbuhan Yang Berkekalan

U

Jelas

Kenal pasti perkhidmatan paling menguntungkan dan pelanggan ideal anda

Sistemkan

Bangunkan sistem pemasaran dan jualan yang berfungsi secara automatik

Berkembang

Perolehi projek yang lebih baik, tingkatkan margin, dan kurangkan kesibukan masa anda. 

Mulakan dengan Sessi Strategi Pengenalan - dan teruskan kepada Program Coaching 90 hari

Program ini telah saya cipta untuk mengurangkan risiko kepada anda - anda cuba dulu dan sekiranya ada manafaat, boleh lah diteruskan

Langkah 1 : Sessi Strategi Pengenalan 45-Minit

Kita akan bertemu secara 1-on-1, secara zoom, untuk berbincang cabaran dan peluang perniagaan semasa anda. Anda akan faham dengan jelas, langkah tindakan yang perlu diambil, dan rasai bagaimana sesi bimbingan ini berfungsi sebelum anda meneruskan program coaching sepenuhnya.

Contractor Coach Happy

Step 2: Program Coaching 90-hari

12 Sesi Mingguan Coaching 1:1 – Panduan yang disesuaikan untuk cabaran perniagaan anda (nilai RM2,400)

Templat & Skrip Sedia Digunakan – Skrip, cadangan, dan templat pemasaran (nilai RM1,500)

Sokongan & Pemantauan melalui WhatsApp – Semakan langsung untuk pastikan anda sentiasa berada dalam landasan (nilai RM900)

Perkongsian Ilmu Kontraktor & Kejuruteraan – Nasihat berdasarkan pengalaman sebagai kontraktor G7 dalam bidang pembinaan & elektrikal, serta pemilik firma rundingan M&E (nilai RM1,200)

Bonus: Kit Permulaan Pemasaran Digital – Panduan langkah demi langkah untuk jalankan iklan Facebook & Google yang menjana prospek (nilai RM1,000)

“Nilai Keseluruhan:  RM7,000”

“Pelaburan anda: Hanya RM 2,499 untuk Coaching selama 90 hari”

Mulakan dengan sesi pengenalan anda. Sekiranya ada perolehi manafaat- yang mana saya yakin anda akan dapat- teruskan dengan program penuh Coaching selama 90 hari untuk kembangkan perniagan anda.

Kenapa Perlu Dengari Saya

Pengalaman bertahun-tahun sebagai Kontraktor dan Coach bertauliah serta kepakaran pemasaran digital bagi membantu kontraktor dan pembekal servis lebih maju

Saya bukan sahaja seorang Coach bertauliah yang hanya melihat dari luar. Saya telah pun melalui liku-liku sebagai seorang kontraktor – dan saya tahu cabaran yang dihadapi

Pernah menjadi pemilik syarikat G7 Kontraktor Bangunan dan Elektrik , saya telah berjaya menguruskan projek bernilai jutaan Ringgit and menghadapi kerenah industri pembinaan di Malaysia. Saya faham tekanan dalam memenangi tender, mengawal kos dan menyiapkan projek dengan kualiti pada masa yang sama memperolehi keuntungan kepada syarikat. 

Saya juga mempunyai pengalaman sebagai pemilik Syarikat Perunding M&E yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Saya telah terlibat dengan pihak Kerajaan, Pemaju Perumahan besar dan Kontraktor-kontraktor — dimana saya telah mendapat pandangan 360° melihat bagaimana sesuatu projek itu berjaya atau gagal. 

Pada masa ini, saya kongsikan pengetahuan dan pengalaman luas dalam industri ke bidang Coaching Pertumbuhan Perniagaan. Tumpuan saya adalah untuk membantu kontraktor dan penyedia perkhidmatan menarik pelanggan yang lebih berkualiti, menyusun serta menambah baik sistem perniagaan mereka, dan meningkatkan keuntungan — tanpa perlu melalui tempoh percubaan serta kesilapan yang berterusan.

Apabila anda menyertai program bimbingan ini, anda bukan sekadar mempelajari teori — sebaliknya anda dibimbing oleh seseorang yang telah membina, mengurus, dan memasarkan perniagaan sepertimana perniagaan anda

Soalan Lazim Dijawab

u

Saya baharu saja memulakan kerjaya sebagai kontraktor. Adakah coaching ini sesuai pada saya ?

Ya. Program ini direka untuk membantu kontraktor dan perniagaan servis disetiap peringkat. Samada anda baru bermula atau sudah berpengalaman, strategi yang akan dikongsikan adalah berdasarkan kepada tahap perniagaan anda masa kini.

u

Saya telah pun lama berniaga. Adakah saya akan pelajari sesuatu yang baharu ?

Sudah tentu. Ramai kontraktor dan pembekal servis bergantung kepada cara rujukan atau tender untuk berkembang. Dalam program ini, saya akan kongsikan kaedah perniagaan terkini, serta sistem pemasaran yang dapat sentiasa menjana pendapatan – bukan hanya bergantung kepada nasib.

u

Berapa banyak masa yang perlu saya ketepikan setiap minggu ?

Lebih kurang 2-3 jam seminggu. Ini termasuk sessi coaching dan untuk praktikkan tindakan yang perlu diambil.  Kebanyakan kontraktor akan mendapat pulangan dalam masa terdekat dengan mendapat pelanggan baru serta keuntungan yang sepatutnya. 

u

Adakah saya memerlukan bajet pemasaran yang tinggi ?

Tidak. Fokus disini ialah untuk laksanakan kaedah pemasaran praktikal, mudah, kos yang rendah tetapi menjanjikan perkembangan perniagaan anda. Ini termasuk mengunakan WhatsApp, Facebook, Google, serta kaedah mudah untuk mendapatkan pelanggan. 

u

Bagaimana jika saya tidak suka menggunakan media sosial?

Tak mengapa. Coaching kami adalah fleksibel — kami akan membina pelan pertumbuhan yang sepadan dengan kekuatan anda. Sama ada melalui rujukan, rangkaian (network) atau iklan berbayar, kami akan memilih pendekatan yang sesuai dengan gaya perniagaan anda.

u

Bolehkah anda menjamin saya akan mendapat lebih ramai pelanggan?

Saya tidak dapat menjamin angka tertentu, tetapi saya boleh menjamin anda akan perolehi sistem dan tindakan yang jelas untuk menarik lebih ramai pelanggan secara berterusan — dengan sokongan penuh sepanjang masa anda bersama saya. 

u

Apa akan terjadi sekiranya saya tidak dapat hadir sesi saya ?

Tiada masaalah. Sesi anda boleh ditangguhkan. Akan tetapi keseluruhan program mesti dihabiskan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh terakhir sesi yang sepatutnya. 

u

How Bila saya akan melihat kesan coaching ini?

Anda akan melihat dengan lebih jelas apa yang perlu dibuat dan tindak balas lebih mesra dari pelanggan anda dalam masa 30 hari. Perubahan ketara dalam pendapatan syarikat anda biasanya akan dilihat dalam 60–90 hari.

u

Adakah ini coaching secara berkumpulak atau perbadi?

Coaching ini adalah 100% secara peribadi. Setiap strategi, nasihat serta tunjuk ajar diberi khas untuk syarikat anda sahaja. 

u

Saya telahpun mendapat projek melalui rujukan. Adakah saya perlu coaching ini?

Rujukan adalah baik tetapi ianya tidak berterusan. Dengan sistem yang betul dan teratur, anda akan memperolehi pelanggan secara berterusan. Ia memberi anda kawalan sepenuhnya perniagaan anda dan bukan bergantung kepada harapan atau faktor luaran. 

u

Adakah saya akan membazirkan wang saya dalam coaching ini?

Anda akan mulakan dengan sesi Strategi Pengenalan selama 45 minit- tiada risiko, Selepas sesi pertama ini anda akan lihat dengan lebih jelas apa yang anda perlu lakukan untuk memajukan syrikat anda. Sekiranya anda merasakan tidak memperolehi apa-apa manafat, ada tidak perlu meneruskankan program ini. 

Tempah Sesi Strategi Anda Segera.

Copyright © 2025 Three A Strategy  Solutions  ( 202403125347 ). All rights reserved.